Monday, January 27, 2014

Scones

Assalamualaikum semua


Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah Swt berkongsi pengalaman disini. Kali ni saya cuba buat scones.. Tak pasti tekstur asalnya bagaimana ya.. Tapi alhamdulillah puas hati dgn hasil yg dicuba.. Sgt lemak..lembut didalam..rangup di luar.. Tak rugi cuba tau.. Masa dan bahan-bahan penyediaan pun sgt ringkas dan cepat.. Sesuai dijadikan hidangan pagi juga minum petang.. :-)

Jom jenguk resipi:

2cawan tepung gandum
3sudu besar gula castor
1sudu besar baking powder
2biji telur
4sudu besar butter unsalted-sejuk
1/2sudu kecil garam
*klu guna butter salted tak pyh letak garam lg ya.
1/2cawan heavy cream (sy guna whip cream biasa)

Cara-caranya:
Panaskan oven 200*c.
Campurkan tepung,gula,garam,baking powder dan gaul sebati.
Masukkan butter. Pastikan butter sejuk yea. Gaul guna jari je mcm serbuk roti. Butter dipotong kiub kecil supaya mudah.
Kocak telur dgn garfu dan tuang ke dlm tepung. Masukkan cream. Gaul hingga menjadi satu sahaja. Jgn gaul lama2.
Keluarkan dari mangkuk dan ratakan atas papan canai.
Boleh guna rolling pin kalau nak..tp jgn lama sgt berulit dgn adunan yea :-)
Terap guna acuan dan sapu kan sedikit eggwash diatas nya sebelum dibakar.

Ni dia contoh scones yg sedang diterap.

Bakar 200*c selama 15minit.
Siap dimakan panas2 dgn sapuan butter, stoberi jam atau lain2.
Selamat mencuba :-)

Olahan dari web:http://culinaryarts.about.com/od/bakingdesserts/ss/scones.htm

No comments:

Post a Comment