Saturday, April 23, 2011

Kek Pisang Cecoklat


...erkk... loyang kosong je... da habes..??


....ehehe... ni dia... kek pisang cecoklat... cuba cecrite pe citer kek nih.. meh meh...
slalu buat kek pisang biasa je, kali ni terpesona gan cecoklat dan cecrite disini..rasa nk cuba lak.. tapi gak nya coklat sy guna dark choc, jadi rasa tk brapa manis dan lemak choc nya.. klu nk cuba, guna choc semi sweet k..dan juga jgn lupa pukul smpai kembang, biar kek ringan dan sgt lembut bila dimakan.. :) 
jom jejenguk resepi dibawah.. :)
Bahan-bahan:
250gram butter
3/4 cawan gula castor (sy cmpur gula perang ckt)
5 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri - diayak
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan pisang - dilecek dan dicampur dengan soda bikarbonat
150gram coklat masakan - diparut atau dicincang kecil2

Cara-caranya:

- Panaskan oven 180C dan sediakan loyang yang telah digris dengan butter dan tepung. (Sy guna 1loaf pan dan 1loyang 8x8" utk adunan ni)

- Pukul butter hingga kembang, kemudian masukkan gula. Pukul lagi.

- Masukkan telur satu per satu. Pukul hingga adunan kembang dan ringan.

- Masukkan pisang. Pukul hingga sebati.

- Masukkan tepung sikit sikit, gaul guna sudip je (kaup balik)

- Masukkan coklat dan gaul. (jangan lama sgt, nanti coklat hancur dan sebati dalam adunan)

- Tuang ke dalam loyang dan bakar 45minit.

Wednesday, April 20, 2011

Puding Triffle


Bahan-bahan:

1 kek swiss roll (perisa apa-apa pon boleh)
1 tin cocktail (buah campur dalam tin)
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu makan gula pasir
4 sudu besar tepung kastad + 1 cawan air (larutkan tepung dlm air)
1 paket/kotak serbuk agar-agar

Cara-caranya:

- Kek dipotong 1.5" tebal dan disusun rapat dalam mangkuk@tupperware@bekas pilihan. (sy guna mangkuk plastik kecil2, senang nk ngap!)
- Tuang sedikit air cocktail ke atas susunan kek tadi supaya kek lembap. Ketepikan.
- Didihkan air campuran susu, kemudian masukkan tepung kastad dan terus gaul tanpa henti hingga kastad pekat. Tunggu sejuk sedikit kemudian tuang ke atas susunan kek tadi. (jangan sejuk sangat, kang keras trus dlm periuk tuh)
- Masukkan cocktail ke atas kastad tadi. Ketepikan.
- Didihkan agar-agar (ikut arahan pada kotak agar-agar masing-masing, sy guna agar-agar plain je, jadi kena tambah pewarna dan perisa sendiri)
- Tunggu agar-agar sejuk sedikit (agak da tak berasap sgt), tuang keatas cocktail.
- Tadaaa.. da siap! Masuk fridge dulu.. makan sejuk2, baru sedaap..!!




Nota: Boleh juga ditambah topping dengan whipped cream.. tapi sy tak sempat nk buat.. da tak sbr dah nk makan.. :D

Sumber: dapurcomelku.blogspot.com

Monday, April 18, 2011

Marble Cheese Brownies


brownies cheese sebelum masuk oven... nampak confident.. jeng jeng jeng..


hasilnya.. sedap tauuu.. ekekeke... tapi......


...kurang makeup gak nya.. jadi comot ckt cik brownies nih.. haha

Bahan-bahan:

Untuk brownies:
250gm butter (cairkan)
1 cawan serbuk koko
3biji telur
1 1/2 cawan gula kastor (saya kurangkan ckt)
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak bersama baking powder dan soda)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya:
- Masukkan koko ke dalam butter yang telah cair. Gaul sebati.
- Pukul (hand whisk) gula dan telur. Campurkan ke dalam adunan coklat.
- Masukkan susu cair.
- Masukkan tepung sikit sikit dan gaul sebati.
- Masukkan esen vanila.
- Ketepikan 2-3sudu besar adunan ini untuk membuat marble efek nanti.
- Bakar dalam loyang yang telah dialas kertas minyak 10'x10' suhu 175C selama 20minit.

Untuk lapisan cheese:

250gm cream cheese
1 cawan gula castor
1 biji telur

- Pukul cream cheese hingga lembut dan ringan.
- Masukkan gula. Pukul lagi.
- Masukkan telur. Pukul hingga sebati.
- Tuang adunan cheese ke atas brownie yang telah siap dibakar.
- Buat efek marble dan bakar lagi selama 20minit atau sehingga masak.

Sumber: bisousatoi.com

Daging Masak Lada Hitam


Kali ni gambar live taken from kuali..nmpk tk asap bekepul2 naik tu haa..haha..kes malas nk ceduk masuk mangkuk kan..kali ni nk cuba masak lada hitam plak..rasanya macam lauk kicap jugak kut..cuma ada lada hitam, jadi campuran manis, pedas dan masin..layan je laa..

Bahan-bahan:
250gm daging lembu (dipotong kecil-kecil)
2 biji bawang besar (dikisar)
3 biji bawang putih (dikisar)
halia sebesar ibu jari (dikisar)
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sudu makan air asam jawa

Cara-cara:
Daging diperap dengan kicap, sos tiram dan lada hitam selama 1/2 jam. Tumis bahan kisar hingga garing, masukkan cili kisar. Setelah naik minyak, masukkan air asam jawa dan daging. Tambahkan air secukupnya kalau kering. Biarkan daging empuk. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dimayang (sekadar untuk tambahan). Perisakan dengan garam dan gula (jika perlu). Sedia dihidang bersama nasi panas dan ulam-ulam segar. :)

Tuesday, April 12, 2011

Cream Puff Inti Custard



Cream Puff boleh diisi dengan filing yang pelbagai, mengikut citarasa masing-masing.. tapi saya suka dengan inti custard. Resepi disini agak 'ringan' custard nya.. saya lebih suka kepada custard yang lebih rasa custard..apakah..? hehe.. Walau apa pun, terima kasih kepada penyumbang resepi (tak ingat ambil dari mana..hoho..)

Bahan-bahan (untuk pastri):
3/4 cawan air
1/2 cawan mentega (unsalted)
1 cawan tepung gandum
1/8 sudu garam (tak letak kalau guna salted butter)
1 1/2 sudu besar gula 
3 biji telur

Cara-caranya:
Didihkan air dan mentega. Kemudian masukkan tepung dan gula sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan yang licin (tak melekat-lekat di periuk). Biarkan sejuk. Pukul telur satu per satu dalam adunan yang telah disejukkan tadi. Adunan akan jadi agak cair (tak pekat sangat). Masukkan dalam piping bag atau bulat-bulatkan guna sudu mengikut saiz pilihan masing-masing.

Dulang pembakar hendaklah digris dengan mentega atau dialas dgn kertas tracing sebelum dibakar. Jarakkan di antara setiap adunan pastri yang telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang. Bakar dalam suhu 200C selama 25-30 minit atau sampai masak.

Sumber resepi pastri: dianasdesserts

Bahan-bahan (untuk inti custard):
3 biji telur
115 gm gula (saya kurangkan 100gm)
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung custard
225 ml susu cair 
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya:
Pukul telur, gula, tepung dan tepung custard di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yang kecil, gaul terus jangan berhenti hingga pekat, kemudian masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

Setelah pastri sejuk, belah tengah pastri dan isikan inti custard dalamnya. Hiaskan dengan taburan gula di atas.


Friday, March 25, 2011

Roti Kaya Goreng


Agak-agak dah bosaaann gan sarapan yang setiap pagi sama tuh, cuba buat roti ni. Gogheng ghoti gaghing-gaghing makan ghamai-ghamai.. :-D

Bahan-bahan:
8 keping roti
Serikaya - secukupnya
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sudu makan marjerin
1 sudu kecil garam dan gula
Sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:
Satukan tepung, marjerin, garam dan gula. Bancuh dengan air dan tambah warna kuning. Ketepikan. Kemudian ambil 2 keping roti dan sapukan dengan serikaya dan potong ikut pilihan hati. Panaskan minyak di dalam kuali untuk goreng, celup roti tadi ke dalam adunan tepung dan goreng hingga keperangan. (jangan macam dalam gambar, tu dah hangusss..hehe..)

Monday, March 21, 2011

Suji with Almond Nibs


Kuih Suji Badam. Yang warna coklat kat gambar atas tu suji badam coklat. Dijual dalam botol seperti dalam gambar.. RM16 sebotol. Sebotol ada dalam 40+ biji suji.

Brownies with Almond

Brownies - 2nd attempt



Brownies kali ni agak 'menjadi' (sila abaikan muka dia yang kurang hensem) hehe.. sebab dia ada ciri-ciri chewy gooey eiweyyy.. whaha.. yang kali pertama ikut resepi ni pun jadi jugak, cuma guna loyang yang berbeza.. last time guna 10x10, jadi macam moist choc cake sikit2 texture dia. kali ni guna 8x8, hasil nya.. atas agak berkerak dan dalam nya moist.. cuma masak nya agak tak serata, mungkin sebab tebal sangat, huhu.. apa pun, next time boleh cuba adunan sama, cuma nak kena tengok acuan @ loyang yang sesuai.. sesiapa nak cuba brownies, boleh try resipi ni, sangat mudah dan cepat dimakan masuk perut..!

Simple Brownies Recipe

Bahan-bahan:
250gram butter
100gram dark choc
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil baking powder
1cawan kekacang apa-apa pun boleh (dipotong kecil-kecil)

Cara-cara:
Cairkan butter dan choc dengan kaedah double-boil. Biarkan sampai sejuk sikit. Pukul telur dan gula sampai berbuih. (guna whisk boleh, tapi nk cepat guna mixer je..huhu) pastu masukkan tepung yang telah dicampur dengan serbuk koko dan baking powder. Part ni gaul je gan tangan..oho..gan sudip atau spatula..cara kaup balik..sampai sebati. Akhir sekali, masukkan coklat yang dah dicairkan tadi. Jangan lupa masukkan kekacang 1/2 cawan (kalau tk nk pun tk apa) Tuang adunan dalam loyang dan tabur kacang lebih atas nya. Bakar 170C selama 30minit. Loyang dialas gan kertas minyak dan gris gan butter supaya senang nak angkat bila da masak k!

Kuih Tart 1


Kuih Tart (Inti Nenas)

Monday, March 7, 2011

Mee Kari


Resepi Kuah Kari:

Bahan-bahan untuk dikisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu serbuk kari
5 tangkai cili kering (boleh kurangkan klu nk kurang pedas)
1 biji buah keras
2 batang serai
Segenggam ikan bilis (direndam terlebih dahulu)

1 batang serai - dititik
4 gelas air
1 kotak kecil santan
250gm ayam (dipotong kecil)
250gm udang
kerang (direbus dulu) -optional
fish cake -optional
fish ball -optional
taugeh secukupnya (dicelur)
1/2 kg mee (dicelur)

Cara-caranya:
Kisar semua bahan kisar dan tumis. Masukkan sekali sebijik serai yang telah dititik. Tumis sampai garing dan bau naik, kemudian masukkan air. Tambahkan santan, ayam, udang dan bahan-bahan lain yang diinginkan. Biar sampai sume masak dan boleh dihidang dengan taugeh dan mee. 

Mee buat sendiri guna 1/2kg tepung gandum dan 300ml air garam, 1/2kg tepung boleh menghasilkan 1kg mee yang dah siap. Adunan mee tu nanti akan jadi agak keras.. Ikut lah, kalau nak mee tu jadi cam kenyal sikit, adunan tu mesti keras. Kalau nak lembut, lembutkan adunan mee tu ya. Kalau tak nak jugak, beli je mee biasa atau mee kuning..hehe.. Masa nak canai adunan mee (guna mesin buat mee), canai adunan ulang kali supaya dia rata dan mee pun akan jadi cantik. Pastu, rebus mee tu sampai lembut dan toskan. Airkan mee dengan air sejuk. Lagi bagus kalau guna air berais. Selamat mencuba!



Sunday, March 6, 2011

Coconut Blossom


Coconut Blossom (Inti kelapa)

Packet A (20+ biji) -  RM3.50 
Minimum order: 5packet

Packet B (100+biji) - RM16
No minimum order 

*Juga terima tempahan untuk majlis-majlis kenduri kendara

Banana Cake


Banana Cake in Cup Cakes (",)

Bahan-bahan:
190g pisang emas
180g tepung gandum
180g gula halus @ gula perang
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak
1 sudu teh ovellate
1 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu segar
secubit garam

Cara-cara:
Pisang diblend dengan sedikit gula dan susu.
Pukul telur, gula dan ovellete sampai putih.
Masukkan pisang yang telah diblend tadi.
Masukkan minyak masak. Pukul hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung sikit-sikit (tepung diayak dulu dengan soda dan baking powder).
Pukul sampai adunan agak ringan dan putih.
Masukkan dalam paper cups atau loyang.
Boleh tabur almond slices kalau nak.
Bakar 180C dalam 40-50 minit.




Mee Hoon Singapura

Mee Hoon Goreng 

Resipi Mee Hoon Goreng

Bahan-bahan:
1/2 atau 3/4 paket mee putih (rendam dulu dengan air biasa)
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 sudu makan pepper
2 cawan air rebusan udang
1/3 kg daging (dihiris halus-halus)
1/3 kg udang
1 biji tomato (belah 4)
1/2 ikat sawi (dipotong)
2 biji fish cake/fish ball (optional)
1 biji cili merah (untuk hiasan)
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Bawang besar dan bawang putih diblend, kemudian tumis hingga garing. Tumis sekali dengan pepper.
Kemudian masukkan hirisan daging. Masukkan air rebusan udang. Biar sampai daging empuk. Masukkan udang dan fish cake. Masukkan garam kemudian mee. Gaul hingga sebati. Akhir sekali, masukkan tomato, sawi, dan cili merah. Gaul sampai sayur agak layu. Hidangkan dengan cili jeruk.

Mee ini sangat simple dan mudah disediakan.. Cuma perlu ada air udang untuk rasa manis serap dalam mee. Kalau time bersihkan udang, jangan buang kepala gan kulit-kulit udang tu. Simpan atau rebus, pastu simpan air rebusan dalam freezer. Bila nak goreng mee, tinggal panaskan balik je air rebusan tu.


Sunday, February 13, 2011

Strawberry Milk Shake

Sholef's Strawberry Milk shake

Bahan-bahan:
1cawan susu segar
2sudu besar aiskrim vanila
1sudu besar pati strawberry
(atau boleh ganti dengan buah strawberry)
Ais kiub secukupnya

Cara-cara:
Blend semua bahan and enjoy!