Friday, March 25, 2011

Roti Kaya Goreng


Agak-agak dah bosaaann gan sarapan yang setiap pagi sama tuh, cuba buat roti ni. Gogheng ghoti gaghing-gaghing makan ghamai-ghamai.. :-D

Bahan-bahan:
8 keping roti
Serikaya - secukupnya
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sudu makan marjerin
1 sudu kecil garam dan gula
Sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:
Satukan tepung, marjerin, garam dan gula. Bancuh dengan air dan tambah warna kuning. Ketepikan. Kemudian ambil 2 keping roti dan sapukan dengan serikaya dan potong ikut pilihan hati. Panaskan minyak di dalam kuali untuk goreng, celup roti tadi ke dalam adunan tepung dan goreng hingga keperangan. (jangan macam dalam gambar, tu dah hangusss..hehe..)

Monday, March 21, 2011

Suji with Almond Nibs


Kuih Suji Badam. Yang warna coklat kat gambar atas tu suji badam coklat. Dijual dalam botol seperti dalam gambar.. RM16 sebotol. Sebotol ada dalam 40+ biji suji.

Brownies with Almond

Brownies - 2nd attempt



Brownies kali ni agak 'menjadi' (sila abaikan muka dia yang kurang hensem) hehe.. sebab dia ada ciri-ciri chewy gooey eiweyyy.. whaha.. yang kali pertama ikut resepi ni pun jadi jugak, cuma guna loyang yang berbeza.. last time guna 10x10, jadi macam moist choc cake sikit2 texture dia. kali ni guna 8x8, hasil nya.. atas agak berkerak dan dalam nya moist.. cuma masak nya agak tak serata, mungkin sebab tebal sangat, huhu.. apa pun, next time boleh cuba adunan sama, cuma nak kena tengok acuan @ loyang yang sesuai.. sesiapa nak cuba brownies, boleh try resipi ni, sangat mudah dan cepat dimakan masuk perut..!

Simple Brownies Recipe

Bahan-bahan:
250gram butter
100gram dark choc
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil baking powder
1cawan kekacang apa-apa pun boleh (dipotong kecil-kecil)

Cara-cara:
Cairkan butter dan choc dengan kaedah double-boil. Biarkan sampai sejuk sikit. Pukul telur dan gula sampai berbuih. (guna whisk boleh, tapi nk cepat guna mixer je..huhu) pastu masukkan tepung yang telah dicampur dengan serbuk koko dan baking powder. Part ni gaul je gan tangan..oho..gan sudip atau spatula..cara kaup balik..sampai sebati. Akhir sekali, masukkan coklat yang dah dicairkan tadi. Jangan lupa masukkan kekacang 1/2 cawan (kalau tk nk pun tk apa) Tuang adunan dalam loyang dan tabur kacang lebih atas nya. Bakar 170C selama 30minit. Loyang dialas gan kertas minyak dan gris gan butter supaya senang nak angkat bila da masak k!

Kuih Tart 1


Kuih Tart (Inti Nenas)

Monday, March 7, 2011

Mee Kari


Resepi Kuah Kari:

Bahan-bahan untuk dikisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu serbuk kari
5 tangkai cili kering (boleh kurangkan klu nk kurang pedas)
1 biji buah keras
2 batang serai
Segenggam ikan bilis (direndam terlebih dahulu)

1 batang serai - dititik
4 gelas air
1 kotak kecil santan
250gm ayam (dipotong kecil)
250gm udang
kerang (direbus dulu) -optional
fish cake -optional
fish ball -optional
taugeh secukupnya (dicelur)
1/2 kg mee (dicelur)

Cara-caranya:
Kisar semua bahan kisar dan tumis. Masukkan sekali sebijik serai yang telah dititik. Tumis sampai garing dan bau naik, kemudian masukkan air. Tambahkan santan, ayam, udang dan bahan-bahan lain yang diinginkan. Biar sampai sume masak dan boleh dihidang dengan taugeh dan mee. 

Mee buat sendiri guna 1/2kg tepung gandum dan 300ml air garam, 1/2kg tepung boleh menghasilkan 1kg mee yang dah siap. Adunan mee tu nanti akan jadi agak keras.. Ikut lah, kalau nak mee tu jadi cam kenyal sikit, adunan tu mesti keras. Kalau nak lembut, lembutkan adunan mee tu ya. Kalau tak nak jugak, beli je mee biasa atau mee kuning..hehe.. Masa nak canai adunan mee (guna mesin buat mee), canai adunan ulang kali supaya dia rata dan mee pun akan jadi cantik. Pastu, rebus mee tu sampai lembut dan toskan. Airkan mee dengan air sejuk. Lagi bagus kalau guna air berais. Selamat mencuba!



Sunday, March 6, 2011

Coconut Blossom


Coconut Blossom (Inti kelapa)

Packet A (20+ biji) -  RM3.50 
Minimum order: 5packet

Packet B (100+biji) - RM16
No minimum order 

*Juga terima tempahan untuk majlis-majlis kenduri kendara

Banana Cake


Banana Cake in Cup Cakes (",)

Bahan-bahan:
190g pisang emas
180g tepung gandum
180g gula halus @ gula perang
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak
1 sudu teh ovellate
1 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu segar
secubit garam

Cara-cara:
Pisang diblend dengan sedikit gula dan susu.
Pukul telur, gula dan ovellete sampai putih.
Masukkan pisang yang telah diblend tadi.
Masukkan minyak masak. Pukul hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung sikit-sikit (tepung diayak dulu dengan soda dan baking powder).
Pukul sampai adunan agak ringan dan putih.
Masukkan dalam paper cups atau loyang.
Boleh tabur almond slices kalau nak.
Bakar 180C dalam 40-50 minit.




Mee Hoon Singapura

Mee Hoon Goreng 

Resipi Mee Hoon Goreng

Bahan-bahan:
1/2 atau 3/4 paket mee putih (rendam dulu dengan air biasa)
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 sudu makan pepper
2 cawan air rebusan udang
1/3 kg daging (dihiris halus-halus)
1/3 kg udang
1 biji tomato (belah 4)
1/2 ikat sawi (dipotong)
2 biji fish cake/fish ball (optional)
1 biji cili merah (untuk hiasan)
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Bawang besar dan bawang putih diblend, kemudian tumis hingga garing. Tumis sekali dengan pepper.
Kemudian masukkan hirisan daging. Masukkan air rebusan udang. Biar sampai daging empuk. Masukkan udang dan fish cake. Masukkan garam kemudian mee. Gaul hingga sebati. Akhir sekali, masukkan tomato, sawi, dan cili merah. Gaul sampai sayur agak layu. Hidangkan dengan cili jeruk.

Mee ini sangat simple dan mudah disediakan.. Cuma perlu ada air udang untuk rasa manis serap dalam mee. Kalau time bersihkan udang, jangan buang kepala gan kulit-kulit udang tu. Simpan atau rebus, pastu simpan air rebusan dalam freezer. Bila nak goreng mee, tinggal panaskan balik je air rebusan tu.