Tuesday, April 12, 2011

Cream Puff Inti Custard



Cream Puff boleh diisi dengan filing yang pelbagai, mengikut citarasa masing-masing.. tapi saya suka dengan inti custard. Resepi disini agak 'ringan' custard nya.. saya lebih suka kepada custard yang lebih rasa custard..apakah..? hehe.. Walau apa pun, terima kasih kepada penyumbang resepi (tak ingat ambil dari mana..hoho..)

Bahan-bahan (untuk pastri):
3/4 cawan air
1/2 cawan mentega (unsalted)
1 cawan tepung gandum
1/8 sudu garam (tak letak kalau guna salted butter)
1 1/2 sudu besar gula 
3 biji telur

Cara-caranya:
Didihkan air dan mentega. Kemudian masukkan tepung dan gula sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan yang licin (tak melekat-lekat di periuk). Biarkan sejuk. Pukul telur satu per satu dalam adunan yang telah disejukkan tadi. Adunan akan jadi agak cair (tak pekat sangat). Masukkan dalam piping bag atau bulat-bulatkan guna sudu mengikut saiz pilihan masing-masing.

Dulang pembakar hendaklah digris dengan mentega atau dialas dgn kertas tracing sebelum dibakar. Jarakkan di antara setiap adunan pastri yang telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang. Bakar dalam suhu 200C selama 25-30 minit atau sampai masak.

Sumber resepi pastri: dianasdesserts

Bahan-bahan (untuk inti custard):
3 biji telur
115 gm gula (saya kurangkan 100gm)
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung custard
225 ml susu cair 
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya:
Pukul telur, gula, tepung dan tepung custard di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yang kecil, gaul terus jangan berhenti hingga pekat, kemudian masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

Setelah pastri sejuk, belah tengah pastri dan isikan inti custard dalamnya. Hiaskan dengan taburan gula di atas.


No comments:

Post a Comment